:
PENDAFTARAN%20TAHUN%201%20SESI%202022%20KINI%20DIBUKA


PERMOHONAN TAHUN 1 -6 sesi 2021 masih dibuka tertakluk kepada kekosongan.

Syarat permohonan tahun 1 sesi 2022

1. Calon lahir pada 2 Jan 2015 hingga 1 Jan 2016.


Syarat-syarat asas :


1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia.

2. Pemohon mengemukakan permohonan secara dalam talian daripada tarikh iklan dikeluarkan sehingga permohonan ditutup.

3. Pemohon adalah berkeadaan normal daripada aspek fizikal dan mental.

4. Pemohon perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 150.00 melalui perbankan internet. 

Maybank 562263006713 (Sekolah Rendah Islam)

Slip bayaran boleh email ke: kewangan@srisgramal.edu.my

5. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.

6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong semua program yang dianjurkan oleh Sekolah SERI ABIM Sg Ramal.

7. Permohonan yang telah lengkap dokumen sokongan yang diemail ke seri@srisgramal.edu.my


Keutamaan :
1. Pemohon dari Taski ABIM
2. Pemohon yang mempunyai adik-beradik masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
3. Pemohon yang mempunyai adik-beradik pernah bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
4. Anak kepada kakitangan SERI/SEMI ABIM Sg Ramal, Lembaga Pengelola Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal atau Agensi-agensi dibawah naungan WAP.
5. Waris adalah ahli WAP (WADAH, ABIM, PKPIM).
6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membantu menjayakan segala bentuk program yang dikelolakan oleh SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.

 

Hilang Kelayakan Memohon :
1. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang telah disenarai hitamkan oleh Unit Kewangan Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
2. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang masih mempunyai baki tertunggak adik beradik yang masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
3. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik SERI/SEMI ABIM Sg Ramal secara langsung atau tidak langsung melakukan khianat kepada SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
4. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal. dan memberhentikan tanpa sebab yang munasabah.
5. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal tetapi tidak menunjukkan minat dan tidak memberi sokongan kepada program sekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal

Penghantaran salinan softcopy

Ibu bapa / penjaga perlu menghantar salinan softcopy (scan / gambar dalam bentuk pdf)   berikut ke email sekolah seri@srisgramal.edu.my.

 1 Salinan sijil kelahiran dan mykid anak
 1 Salinan ic ibu dan bapa
 1 Salinan bil utiliti
 1 Salinan slip gaji ibu dan bapa 
 1 Salinan penyata bank peribadi (bekerja sendiri)

Setiap salinan perlu disahkan terlebih dahulu.
 

Mohon Sekarang