:
Permohonan%20Tingkatan%204

Permohonan Tahun 1 - 6, Sila pohon di sini.

Permohonan Tingkatan 1 hingga 3, sila pohon di sini.

PERMOHONAN TINGKATAN 4 (PELAJAR LAMA)
Pelajar Tingkatan 3 SEMI ABIM Sungai Ramal sesi 2023, sila pohon di sini.

Tempat adalah TERHAD, sila pohon segera.

PERMOHONAN TINGKATAN 4 - 5 (PELAJAR BAHARU
)
Pakej Tingkatan 4 &5: Pakej Sastera, Ikhtisas & Kemanusiaan.
Permohonan untuk pelajar-pelajar BUKAN pelajar SEMI ABIM Sungai Ramal.
Syarat-syarat asas :


1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon mengemukakan permohonan secara talian daripada tarikh iklan dikeluarkan sehingga tarikh tutup yang telah ditetapkan.
3. Pemohon adalah berkeadaan normal daripada aspek fizikal dan mental.

4. Pemohon perlu membuat bayaran kemasukan sebanyak RM 150.00 selepas membuat permohonan secara dalam talian.
5. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.
6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong semua program yang dianjurkan oleh Sekolah SEMI ABIM Sg Ramal.

Syarat-syarat kemasukan :
1. Pemohon boleh membaca al-Quran.
2. Pemohon boleh membaca dan menulis Jawi.


Keutamaan :
1. Pemohon dari SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal
2. Pemohon yang mempunyai adik-beradik masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
3. Pemohon yang mempunyai adik-beradik pernah bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal
4. Anak kepada kakitangan SERI/SEMI ABIM Sg Ramal, Lembaga Pengelola Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal atau Agensi-agensi dibawah naungan WADAH / ABIM / PKPIM.
5. Waris adalah ahli WADAH / ABIM / PKPIM.
6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membantu menjayakan segala bentuk program yang dikelolakan oleh SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.

 

Hilang Kelayakan Memohon :
1. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang telah disenarai hitamkan oleh Unit Kewangan Sekolah SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
2. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang masih mempunyai baki tertunggak adik beradik yang masih bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
3. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik SERI/SEMI ABIM Sg Ramal secara langsung atau tidak langsung melakukan khianat kepada SERI/SEMI ABIM Sg Ramal.
4. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal. dan memberhentikan tanpa sebab yang munasabah.
5. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang mempunyai anak bersekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal tetapi tidak menunjukkan minat dan tidak memberi sokongan kepada program sekolah di SERI/SEMI ABIM Sg Ramal

Dokumen yang diperlukan untuk pelajar tingkatan 4 2023
 
1. Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan laporan pentaksiran bilik darjah (PBD).
3. Salinan sijil ko-kurikulum.
4. Salinan Slip Gaji Ibu & bapa
5. Salinan bil utiliti
6. Salinan kad pengenalan ibu & bapa
7. Salinan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA )
 

Sekiranya ibu bapa / penjaga bekerja sendiri, sila lampirkan penyata bank peribadi.

Setiap salinan perlu disahkan terlebih dahulu.
 
Dokumen-dokumen berkaitan boleh email ke semi@srisgramal.edu.my
 
Bayaran RM150.00
Bank Muamalat 1207-000184971-8  ( Sri/Smi ABIM)
Slip bayaran boleh email ke: kewangan@srisgramal.edu.my
 
Untuk pertanyaan boleh menghubungi pejabat akademik SEMI di talian  03-89265341

Mohon Sekarang