:
Kempen Tabung Infaq Sayangi Sekolah

Kempen Tabung Infaq Sayangi Sekolah

Sempena Ramadan Al-Mubarak, Badan Keluarga Ibu Bapa dan Guru (BAKA) SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal bersama sekolah telah menggerakkan Kempen Tabung Infaq Sayangi Sekolah.

Kempen ini bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan menderma di kalangan pelajar. Setiap pelajar diberi sebuah tabung untuk menyimpan wang simpanan masing-masing. Wang simpanan tersebut akan didermakan kepada sekolah.

Majlis pelancaran Kempen Tabung Infaq Sayangi Sekolahku telah diadakan pada 6hb Mei 2019 semasa perhimpunan Rasmi Isnin dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Nazzil Saifuddin Abd. Rahim.

Jom menabung untuk berinfaq!

Lagi gambar dan video yang menarik