:
SEJARAH PENUBUHAN


Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Ramal Kajang (SERI ABIM) merupakan institusi pendidikan berteraskan Islam yang terletak di Lot 1662, Kampung Sungai Ramal Dalam, Jalan ABIM, 43000 Kajang, Selangor. Sekolah ini beroperasi di bawah naungan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

SERI ABIM ditubuhkan pada tahun 1988 dan mula beroperasi pada 3 Januari 1989. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang di bangunan Pusat Latihan ABIM di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang. Tahun pertama operasi, SERI ABIM hanya mempunyai satu kelas Tahun 1 dengan 36 murid, dikendalikan oleh Ustaz Mat Azid bin Abdul Kadir sebagai Guru Besar, dibantu oleh seorang guru penolong, Puan Nur Azizan binti Nur Halim.

Pada tahun 1991, sekolah berpindah ke bangunan baru empat tingkat yang dibina di atas tapak seluas 0.5 ekar. Bangunan ini dilengkapi 15 bilik darjah, pejabat, surau, makmal sains, makmal komputer, dan pusat sumber untuk kemudahan pelajar dan guru.

SERI ABIM Sungai Ramal Kajang terus berkembang dan kini menawarkan pendidikan yang berteraskan Pendidikan Al-Hikmah dalam suasana yang kondusif untuk melahirkan insan yang berperibadi seimbang dan holistik.