BAGI MENSYUKURI NIKMAT DAN ANUGERAH YANG DIBERI OLEH YANG MAHA ESA, KITA SENTIASA DIGALAKKAN BERSAMA-SAMA BERKONGSI REZEKI KURNIAAN ALLAH S.W.T.
OLEH ITU, PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU SEMI MENGADAKAN PROGRAM TAUTAN RAMADHAN 2019 PADA 14HB, 15HB, 16HB, 21HB, 23HB MEI 2019 MULAI PUKUL 2.15 PETANG HINGGA 4.30 PETANG. PROGRAM MENYUMBANG BAHAN KEPERLUAN DAPUR BAGI MERINGANKAN BEBAN ASNAF MELIBATKAN 121 ORANG PELAJAR DAN 9 ORANG GURU. 
SUMBANGAN KEPERLUAN DAPUR TERSEBUT ADALAH HASIL SUMBANGAN DARIPADA IBU BAPA DAN PELAJAR SEMI. SUMBANGAN TELAH DIBERIKAN KEPADA 6 KELUARGA ASNAF DI SEKITAR KAMPUNG SUNGAI RAMAL DALAM.
PROGRAM INI DIKENDALIKAN OLEH BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK SIFAT PRIHATIN DI KALANGAN PELAJAR DAN MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA WARGA SEMI ABIM SUNGAI RAMAL DENGAN PENDUDUK TEMPATAN.
SEMOGA PROGRAM DI BULAN RAMADAN INI AKAN DIBERI GANJARAN BERLIPAT KALI GANDA OLEH ALLAH S.W.T.