https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1562077999.jpg

UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI TAHUN 2020

KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MEMOHON KEMASUKAN TAHUN 1 SESI TAHUN 2020 UNTUK ANAK MASING-MASING, JANGAN LUPA HADIR BERSAMA ANAK KE UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI TAHUN 2020 SEPERTI MAKLUMAT DI BAWAH.

TARIKH:6HB JULAI 2019

MASA: 8.00 PAGI

TEMPAT: SERI ABIM SUNGAI RAMAL, KAJANG

ANAK-ANAK YANG MENGAMBIL UJIAN, JANGAN LUPA BAWA ALATULIS YA...

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1562064953.jpg

BERKHEMAH DI HUTAN BATU

SEMI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2019 PADA 28HB HINGGA 29HB JUN 2019 (JUMAAT DAN SABTU) YANG LALU. PROGRAM INI DIADAKAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM SG. RAMAL.

PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA KEGIATAN BRIGED BAKTI MALAYSIA DAN PELAJAR DAPAT BELAJAR KEMAHIRAN ASAS SURVIVAL DI DALAM HUTAN.

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH UNIT KO-KURIKULUM SEMI INI TELAH DISERTAI OLEH 155 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. SERAMAI 7 ORANG FASILITATOR  YANG TERDIRI DARIPADA JURULATIH BRIGED BAKTI MALAYSIA DAN 5 ORANG GURU SEMI TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK YANG DIJALANKAN IALAH

1. ORIENTEERING (PANDU ARAH DGN KOMPAS)
2. BANTU MULA (IKATAN ANDUH)
3. BINAAN GAJET
5. BACKWOOD COOKING (MASAKAN HUTAN)
6. LATIHAN ASAS KAWAD KAKI.

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR SEMI DAPAT MENIMBA ILMU DAN MENGALAMI PENGALAMAN YANG BAHARU SEPANJANG PERKHEMAHAN INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1557977659.jpg

SIKIT SAMA DIKONGSI BANYAK SAMA DIRASAI

BAGI MENSYUKURI NIKMAT DAN ANUGERAH YANG DIBERI OLEH YANG MAHA ESA, KITA SENTIASA DIGALAKKAN BERSAMA-SAMA BERKONGSI REZEKI KURNIAAN ALLAH S.W.T.

OLEH ITU, PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU SEMI MENGADAKAN PROGRAM TAUTAN RAMADHAN 2019 PADA 14HB, 15HB, 16HB, 21HB, 23HB MEI 2019 MULAI PUKUL 2.15 PETANG HINGGA 4.30 PETANG. PROGRAM MENYUMBANG BAHAN KEPERLUAN DAPUR BAGI MERINGANKAN BEBAN ASNAF MELIBATKAN 121 ORANG PELAJAR DAN 9 ORANG GURU. 

SUMBANGAN KEPERLUAN DAPUR TERSEBUT ADALAH HASIL SUMBANGAN DARIPADA IBU BAPA DAN PELAJAR SEMI. SUMBANGAN TELAH DIBERIKAN KEPADA 6 KELUARGA ASNAF DI SEKITAR KAMPUNG SUNGAI RAMAL DALAM.

PROGRAM INI DIKENDALIKAN OLEH BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK SIFAT PRIHATIN DI KALANGAN PELAJAR DAN MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA WARGA SEMI ABIM SUNGAI RAMAL DENGAN PENDUDUK TEMPATAN.

SEMOGA PROGRAM DI BULAN RAMADAN INI AKAN DIBERI GANJARAN BERLIPAT KALI GANDA OLEH ALLAH S.W.T.

LAGI GAMBAR MENARIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1557288689.jpg

KEMPEN TABUNG INFAQ SAYANGI SEKOLAHKU

SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK, BADAN KELUARGA IBU BAPA DAN GURU (BAKA) SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL BERSAMA SEKOLAH TELAH MENGGERAKKAN KEMPEN TABUNG INFAQ SAYANGI SEKOLAH.

KEMPEN INI BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK BUDAYA MENABUNG DAN MENDERMA DI KALANGAN PELAJAR. SETIAP PELAJAR DIBERI SEBUAH TABUNG UNTUK MENYIMPAN WANG SIMPANAN MASING-MASING. WANG SIMPANAN TERSEBUT AKAN DIDERMAKAN KEPADA SEKOLAH.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN TABUNG INFAQ SAYANGI SEKOLAHKU TELAH DIADAKAN PADA 6HB MEI 2019 SEMASA PERHIMPUNAN RASMI ISNIN DAN DISEMPURNAKAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, EN NAZZIL SAIFUDDIN ABD. RAHIM.

JOM MENABUNG UNTUK BERINFAQ!

LAGI GAMBAR DAN VIDEO YANG MENARIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1557285109.jpg

PENERIMA ANUGERAH HARI GURU 2019

PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU 2018 TELAH DIADAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2019 PADA 3HB MEI 2019 (JUMAAT) DI DATARAN AL-HIKMAH.

BERIKUT SENARAI NAMA GURU YANG MENERIMA ANUGERAH.

1) ANUGERAH SAIYIDINA ABU BAKAR (GURU CEMERLANG) SERI - PN. NUR AIN BT. MD ZAWAI
2) ANUGERAH SAIYIDINA ABU BAKAR (GURU CEMERLANG) SEMI - EN. MUHAMMAD AKMAL B. OTHOMAN
3) ANUGERAH SAIYIDINA ALI (GURU HARAPAN) SERI - PN. FATIMAH BT. JUSOH
4) ANUGERAH SAIYIDINA ALI (GURU HARAPAN) SEMI - EN. MOHAMMAD ZAIM ASRI B. ANUAR
5) ANUGERAH SAIYIDINA UMAR (GURU HIJRAH) - CIK ZAMIAH BT. ISMAIL
6) ANUGERAH SAIYIDINA UTHMAN (GURU PRODUKTIF & KOMITED) SERI- EN. HUSAINI B. SALLEH
7) ANUGERAH SAIYIDINA UTHMAN (GURU PRODUKTIF & KOMITED) SEMI- PUAN JANNATUL FARHANA BT. MOHD JAAFAR
8) ANUGERAH KHAS - PUAN NORAZIZAN NUR HALIM
9) ANUGERAH KHALID AL-WALID (GURU KEHADIRAN PENUH)
- EN. MOHD SUHAIZIE B. ISMAIL
- EN. MOHD ZURAIZI B. ISMAIL
- EN. MUHAMMAD AMZAR ASYRAF B. SARIKAL ANUAR
- PN. NURUL AIMAN BT. RAMLI
- CIK NURUL SYAMILA BT. MARLAN
- EN. ZARITH AMMIRUL B. ABD. JALIL
- EN. WAN MOHD ARFFIN B. WAN ISMAIL

ANUGERAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH EN FAZLI ARSHAD (TIMBALAN PENGERUSI BAKA)


TAHNIAH.

BERIKUT GAMBAR-GAMBAR PENERIMA ANUGERAH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1556514925.jpg

PEMENANG PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS (JANUARI - APRIL) 2019

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS (JANUARI - APRIL) 2019

SERI ABIM SUNGAI RAMAL

🌏 TAHUN 1

🏷TEMPAT PERTAMA: 1 ABU BAKAR
🏷TEMPAT KEDUA: 1 ALI
🏷 TEMPAT KETIGA : 1 HAMZAH

🔮 TAHUN 2

🏷TEMPAT PERTAMA : 2 ABU BAKAR
🏷TEMPAT KEDUA : 2 ZAID
🏷TEMPAT KETIGA : 2 OMAR

🔮 TAHUN 3

🏷TEMPAT PERTAMA : 3 HAMZAH
🏷TEMPAT KEDUA : 3 ALI
🏷TEMPAT KETIGA : 3 UTHMAN

🔮 TAHUN 4

🏷TEMPAT PERTAMA : 4 OMAR
🏷TEMPAT KEDUA : 4 ALI
🏷TEMPAT KETIGA : 4 HAMZAH

🔮 TAHUN 5

🏷TEMPAT PERTAMA : 5 ABU BAKAR
🏷TEMPAT KEDUA : 5 OMAR
🏷TEMPAT KETIGA : 5 UTHMAN

🔮 TAHUN 6

🏷TEMPAT PERTAMA : 6 HAMZAH
🏷TEMPAT KEDUA : 6 OMAR
🏷TEMPAT KETIGA : 6 ALI

 

LAGI GAMBAR MENARIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1556514115.jpg

BELAJAR GOSOK GIGI DI MENARA GADING.

MURID-MURID 1 UTHMAN SERAMAI 32 ORANG TELAH MENGIKUTI PROGRAM ""GIGI BERSIH HIDUP CERIA"" PADA 23 APRIL 2019 (SELASA) YANG LALU YANG DIADAKAN SEMPENA  ISLAMIC FESTIVAL (ISFEST)  2019 YANG DIADAKAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 

PROGRAM INI DIADAKAN BERMULA PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 10.30 PAGI DAN DIANJURKAN OLEH DAIE PRODUCTION DAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM. ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH MEWARNA  DAN PRAKTIKAL CARA MEMBERUS GIGI.

SEMOGA MURID-MURID 1 UTHMAN DAPAT MENJAGA GIGI MASING-MASING DENGAN SEMPURNA.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1556244864.jpg

PT3: PROGRAM ZERO TO HERO

SEMI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI ZERO TO HERO PADA 25 APRIL 2019 (KHAMIS) PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 5 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN KDH. SERAMAI 60 ORANG PELAJAR TINGKATAN 3 TELAH MENYERTAI PROGRAM INI.

 

PROGRAM INI TELAH DIKENDALIKAN OLEH 10 ORANG FASILITATOR DARIPADA PELAJAR SARJANA SAINS SOSIAL (PSIKOLOGI KAUNSELING) DAN PELAJAR SARJANA BIMBINGAN KAUNSELING UKM.

OBJEKTIF PROGRAM ANTARANYA IALAH :
1. MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEYAKINAN DIRI BAGI MEWUJUDKAN PERSAINGAN YANG SIHAT DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
2. MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PELAJAR ISLAM.
3. MEMBIMBING PELAJAR KE ARAH PECUTAN AKHIR DENGAN MENGETAHUI POTENSI DAN KREATIVITI DIRI.

ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH KAUNSELING KELOMPOK MENGGUNAKAN KOLAJ.

SEMOGA PARA PELAJAR TINGKATAN 3 TERUS BERSEMANGAT DAN BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN PT3 YANG AKAN DATANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1556077088.jpg

INTERNATIONAL HALF MARATHON UKM: PELAJAR SEMI TEMPAT KE-5

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SEMI ABIM YANG TELAH MENYERTAI INTERNATIONAL HALF MARATHON UKM PADA 20 APRIL 2019 (SABTU) YANG LALU. PELAJAR TINGKATAN 3 SEMI, ABDUL AZIZ RANTISI TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-5 KATEGORI 10 KM. TAHNIAH!

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1556076806.jpg

KAMIL HULU LANGAT 2019

BERIKUT PENCAPAIAN PESERTA SERI ABIM YANG TELAH MENYERTAI KEMAHIRAN AMAL ISLAMI(KAMIL) DAERAH HULU LANGAT YANG TELAH DIADAKAN PADA 20HB APRIL 2019 (SABTU) YANG LALU.


TAHAP 1
1) AKIF NIDAL (BERCERITA AQ LELAKI) KETIGA

2) NUR ILLIYA BT MOHD. HANAPIAH (BERCERITA AQ PEREMPUAN) KEDUA


TAHAP 2
1) FATNIN (KHAT PEREMPUAN) KEDUA.

TAHNIAH!!

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1555924609.jpg

PELAJAR SERI TOP 10 CATUR MSSD HULU LANGAT 2019

BUAT PERTAMA KALINYA SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGHANTAR PESERTA CATUR DI MSSD HULU LANGAT PADA TAHUN INI. SEKOLAH TELAH MENGHANTAR 2 ORANG PESERTA ( SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN) KE KEJOHANAN CATUR MSSD HULU LANGAT PADA 18HB APRIL 2019 (KHAMIS) YANG DIADAKAN DI DEWAN PERBANDARAN MPAJ, PANDAN INDAH.

BERIKUT MERUPAKAN PENCAPAIAN PESERTA SERI

1) TUN MUHD SYUKRI BIN TUN ABDUL KARIM (6 HAMZAH)MENDAPAT NOMBOR 8 DARIPADA 173 ORANG PESERTA.
2) NUR AIN QAISARAH BINTI MUHAMMAD FAHMI (6 HAMZAH) MENDAPAT NOMBOR 51 DARIPADA 161 ORANG PESERTA.

TUN MUHD SYUKRI TERPILIH MENGIKUTI KEM MSSD PADA BULAN JULAI UNTUK PEMILIHAN WAKIL DAERAH HULU LANGAT KE PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

KEJOHANAN MELIBATKAN 47 BUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH HULU LANGAT.

TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK SERI.

LAGI

Page 8 of 9