KUMPULAN SUPER GOTCHA LOLLIPOP RANGKUL EMAS DI PRIN-KAB UKM

KUMPULAN SUPER GOTCHA LOLLIPOP RANGKUL EMAS DAN KUMPULAN TROLIMEDIA PEROLEH GANGSA DALAM PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI NASIONAL - KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA 2019 YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (PEKA) DAB FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, UKM PADA 26HB OGOS 2019.

PERTANDINGAN INI ADALAH ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (BPLTV) TELAH DISERTAI SEBANYAK 80 BUAH KUMPULAN DARI SELURUH MALAYSIA.

2 KUMPULAN INOVASI SEKOLAH MEMASUKI PERTANDINGAN KATEGORI GURU DAN PENSYARAH DENGAN TEMA REKACIPTA DAN INOVASI FIZIKAL PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG DISERTAI OLEH 31 BUAH KUMPULAN DARIPADA IPT DAN SEKOLAH.

TAHNIAH!
 
 

LAGI

IHTIFAL NASYID TASKI PIALA YTPN ABIM SELANGOR

TASKI AL-HIKMAH, SUNGAI RAMAL DALAM TELAH MENYERTAI IHTIFAL NASYID TASKI PIALA YTPN ABIM SELANGOR PADA 3HB OGOS 2019 (SABTU) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG DI DATARAN AL-HIKMAH. IHTIFAL YANG DIANJURKAN OLEH YTP NEGERI SELANGOR INI  TELAH DISERTAI OLEH 8 KUMPULAN DARI TASKI-TASKI DI SELURUH NEGERI SELANGOR.

ANTARA TENTATIF IHTIFAL INI IALAH
1. PERASMIAN PEMBUKAAN OLEH TUAN HAJI SAMIAN (TIMBALAN KETUA PENGARAH YTP).
2. PERASMIAN PENUTUP OLEH Y.B TUAN MAZLAN BIN JOHAR (ADUN SUNGAI RAMAL)
3. PERTANDINGAN NASYID TASKI
4. PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG.

KUMPULAN NASYID TASKI AL-HIKMAH SUNGAI RAMAL MENDAPAT SAGUHATI DI DALAN IHTIFAL INI.

LAGI

PROGRAM PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SERI

SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SERI PADA 5HB OGOS 2019 (ISNIN) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI DI DATARAN AL-HIKMAH.

PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH PUSAT SUMBER SEKOLAH TELAH DIRASMIKAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, USTAZ NAZZIL SAIFUDDIN ABD RAHIM DENGAN MENERIMA JALUR GEMILANG YANG DISERAHKAN OLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG MENUNGGANG BASIKAL.

PROGRAM TELAH DIMERIAHKAN DENGAN PERSEMBAHAN KOIR DAN NYANYIAN BERAMAI-RAMAI LAGU PATRIOTIK IAITU LAGU JALUR GEMILANG DAN NYALAKAN TEKAD.

LAGI

PECUTAN UPSR, PSRA DI HOTEL SERI MALAYSIA, BAGAN LALANG

SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM PERMATA GEMILANG PERDANA(PPG) PADA 2HB HINGGA 4HB OGOS 2019 (JUMAAT - AHAD) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DI HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG. PROGRAM INI  TELAH DISERTAI OLEH 142 ORANG MURID TAHUN 6 DAN DIIRINGI OLEH 11 ORANG GURU TAHUN 6.

GURU-GURU PAKAR YANG MENYAMPAIKAN CERAMAH IALAH

1. SAINS (CIKGU MOHD JOHARI MOHD SAHAR)
2. B.INGGERIS ( CIKGU AZWANA BT NASARUDIN)
3. MATEMATIK ( CIKGU SAZALI B MOKHTARUDIN)
4. BAHASA MELAYU (CIKGU ZAINITA BT HUSSAIN)
5. JAWI ( USTAZ HASRUDY B. HAMID)
6. TAUHID/FEQAH ( USTAZ HASANUDIN B HAMID)
7. BAHASA ARAB ( USTAZAH NURZAINAH BT SAMINI)
8. AKHLAK/ SIRAH ( USTAZAH ROZIAH BT HILHAM)
9. TAJWID ( USTAZ ABD RAHIM B MAT NOH )

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK YANG DIJALANKAN IALAH
1. SLOT TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR & PSRA DAN PEMARKAHAN TERKINI

2. RIADAH ( MANDI KOLAM, BERBASIKAL DAN BERMAIN BOLA)
3. QIAMULLAIL

SEMOGA SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI DAPAT DMANFAATKAN BUKAN SAHAJA SEMASA MENJAWAB SAHAJA TETAPI KEKAL SEPANJANG HAYAT.


LAGI

TAHNIAH USTAZAH FAEZAH DAN CIKGU ZOHRIAH

DUA ORANG GURU SERI IAITU USTAZAH FAEZAH BINTI ISMAIL DAN CIKGU ZOHRIAH BINTI SUEET TELAH MENERIMA ANUGERAH JAIZAH TASYRIF SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN YANG TELAH DIADAKAN PADA 27HB JULAI 2019 (SABTU) DI DEWAN RAFFLESIA, NIOSH, BANDAR BARU BANGI.

ANUGERAH JAIZAH TASYRIF DIANUGERAHKAN KEPADA GURU-GURU DAN STAF-STAF SEKOLAH DI BAWAH YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN YANG TELAH BERKHIDMAT LEBIH DARIPADA 25 TAHUN. ANUGERAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH PROF. DATUK DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN, PENGERUSI MAJLIS SYURA KEBANGSAAN (MSK).

TAHNIAH USTAZAH FAEZAH DAN CIKGU ZOHRIAH!

LAGI

MENGIMBAU PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

‘INI ADALAH SATU LANGKAH KECIL UNTUK MANUSIA, SATU LOMPATAN BESAR UNTUK SELURUH MANUSIA’.

KATA-KATA ITU PERTAMA KALI DILONTARKAN NEIL ARMSTRONG KETIKA BELIAU MENJADI ANGKASAWAN PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI DI BULAN 50 TAHUN LALU.

SEMPENA ULANGTAHUN KE-50 PENDARATAN APOLLO 11 DI BULAN PADA TAHUN 1969, PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU SEMI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENYERTAI PROGRAM "BEYOND THE MOON : APOLLO 50TH ANNIVERSARY" PADA 28 JULAI 2019 (AHAD) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DI PETROSAINS, KLCC.

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DENGAN KERJASAMA MDEC DIGITAL MAKER HUBS DAN PETROSAINS KLCC BERTUJUAN UNTUK UNTUK MEMPROMOSIKAN PENDIDIKAN STEM INI TELAH DISERTAI OLEH 26 ORANG PELAJAR SEMI. SERAMAI 3 ORANG GURU SEMI IAITU PN. JUHAINI SAIF, CIK FATIN NABILAH AZLAN & USTAZ MUHAMAD AKMAL OTHOMAN TELAH MENGIRINGI PELAJAR-PELAJAR SEMI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK YANG DIJALANKAN IALAH

- PAMERAN FOTO PENGEMBARAAN KE BULAN
- AKTIVITI KEMAHIRAN PEMBUATAN DIGITAL
- LAWATAN PETROSAINS
- BUAL BICARA "BAGAIMANA MENYELAMATKAN BUMI".

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR SEMI DAPAT MENIMBA ILMU PENGETAHUAN TENTANG ANGKASA LEPAS DAN MENGUKUHKAN KEIMANAN KEPADA ALLAH S.W.T SELEPAS MELIHAT ANGKASA LEPAS CIPTAAN ALLAH S.W.T.

LAGI

BERTUTUR DI DALAM BAHASA ARAB SEMASA BERJUAL-BELI

SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM MUKHAYYAM ARABI 2019 PADA 27HB JULAI 2019 (SABTU) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DI DATARAN AL-HIKMAH. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENARIK MINAT MURID DALAM SUBJEK BAHASA ARAB, MELATIH MURID BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA ARAB, MENYERLAH KEYAKINAN MURID DAN MENCAPAI PRESTASI YG CEMERLANG DALAM SUBJEK BAHASA ARAB.

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH  PANITIA BAHASA ARAB INI  TELAH DISERTAI OLEH 154 ORANG MURID TAHUN 4. SERAMAI 17 ORANG GURU DAN 4 ORANG FASILITATOR TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK YANG DIJALANKAN IALAH:
SLOT 1: PASAR PAGI (KOMUNIKASI MEMBELI)

SLOT 2: SECERAH PELANGI (NOMBOR 1-1000)
SLOT 3: 1 2 3 (MUFROD, MUTHANNA, JAMAK)

SEMOGA MURID-MURID YANG MENYERTAI PROGRAM INI AKAN LEBIH MENCINTAI BAHASA ARAB.

 

LAGI

MURID SERI JUARA PERTANDINGAN ROBO SUMO 1KG PERINGKAT ZON TENGAH

KELAB ROBOTIK SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENYERTAI PETROSAINS RBTX CHALLENGE 2019 PERINGKAT ZON TENGAH PADA 20 JULAI 2019 (SABTU) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DI DEWAN GEMILANG, UNIKL BMI GOMBAK. SERAMAI 12 ORANG MURID SERI (6 KUMPULAN) TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN ROBOTIK KATEGORI ROBO SUMO 1KG.


KUMPULAN ROBOTIK SERI YANG DIANGGOTAI OLEH ADIK AMIRAH HUSNA BT. FADLY DAN ADIK FARAH NABILA BT. RAFIZI TELAH MENJADI JUARA DAN AKAN MEWAKILI ZON TENGAH UNTUK MARA KE GRAND FINALS DI STADIUM MALAWATI SHAH ALAM. TAHNIAH KEPADA KELAB ROBOTIK SERI ABIM SUNGAI RAMAL ATAS PENCAPAIAN INI WALAUPUN BAHARU SETAHUN DITUBUHKAN.

LAGI

Page 4 of 8