https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1575519699.jpg

PERMOHONAN PELAJAR BAHARU SEMI

SYARAT-SYARAT ASAS :

1. PEMOHON ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA.

2. PEMOHON MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SECARA TALIAN DARIPADA TARIKH IKLAN DIKELUARKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP YANG TELAH DITETAPKAN.
3. PEMOHON ADALAH BERKEADAAN NORMAL DARIPADA ASPEK FIZIKAL DAN MENTAL.
4. PEMOHON PERLU MEMBAYAR YURAN UJIAN KELAYAKAN SEBANYAK RM 150.00 SEMASA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN. HANYA PEMOHON YANG TELAH MEMBUAT BAYARAN SAHAJA YANG LAYAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN.
5. PEMOHON HENDAKLAH MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN MENCAPAI KEPUTUSAN LULUS DALAM UJIAN TERSEBUT.
6. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON MEMPUNYAI KEMAMPUAN KEWANGAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH IAITU PENDAPATAN ISI RUMAH DENGAN TANGGUNGAN ADALAH MUNASABAH.
7. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON MEMPUNYAI KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MENYOKONG SEMUA PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH SEKOLAH SEMI ABIM SG RAMAL.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
1. PEMOHON BOLEH MEMBACA AL-QURAN.
2. PEMOHON BOLEH MEMBACA DAN MENULIS JAWI.
3. LULUS DENGAN BAIK UPSR (MINMA 3A)
4. LULUS DENGAN BAIK PSRA / UPKK / SPRA ATAU SIJIL SEUMPAMA DENGANNYA (MINIMA JAYYID JIDDAN).



KEUTAMAAN :
1. PEMOHON DARI SERI ABIM SUNGAI RAMAL
2. PEMOHON YANG MEMPUNYAI ADIK-BERADIK MASIH BERSEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL
3. PEMOHON YANG MEMPUNYAI ADIK-BERADIK PERNAH BERSEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL
4. ANAK KEPADA KAKITANGAN SERI/SEMI ABIM SG RAMAL, LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SERI/SEMI ABIM SG RAMAL ATAU AGENSI-AGENSI DIBAWAH NAUNGAN WADAH / ABIM / PKPIM.
5. WARIS ADALAH AHLI WADAH / ABIM / PKPIM.
6. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON MEMPUNYAI KOMITMEN YANG TINGGI DALAM USAHA MEMBANTU MENJAYAKAN SEGALA BENTUK PROGRAM YANG DIKELOLAKAN OLEH SERI/SEMI ABIM SG RAMAL.

Β 

HILANG KELAYAKAN MEMOHON :
1. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON YANG TELAH DISENARAI HITAMKAN OLEH UNIT KEWANGAN SEKOLAH SERI/SEMI ABIM SG RAMAL.
2. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON YANG MASIH MEMPUNYAI BAKI TERTUNGGAK ADIK BERADIK YANG MASIH BERSEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON YANG PERNAH TERLIBAT DALAM KEGIATAN YANG BOLEH MENCEMARKAN NAMA BAIK SERI/SEMI ABIM SG RAMAL SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG MELAKUKAN KHIANAT KEPADA SERI/SEMI ABIM SG RAMAL.
4. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON YANG PERNAH MEMPUNYAI ANAK BERSEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL. DAN MEMBERHENTIKAN TANPA SEBAB YANG MUNASABAH.
5. IBU BAPA ATAU PENJAGA PEMOHON YANG MEMPUNYAI ANAK BERSEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL TETAPI TIDAK MENUNJUKKAN MINAT DAN TIDAK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PROGRAM SEKOLAH DI SERI/SEMI ABIM SG RAMAL

IBU BAPA / PENJAGA PERLU MENGHANTAR SALINAN BERIKUT KE KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN SEKOLAH.

1) SALINAN KAD PENGENALAN PELAJAR, IBU DAN BAPA PELAJAR.
2) SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN ATAU PEPERIKSAAN SEBENAR UPSR/PSRA/SPRA YANG BERKAITAN.
3) SALINAN SIJIL KO-KURIKULUM.
4) SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH.
5) 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (TIDAK DIKEMBALIKAN).
6) 1 SALINAN KAD PENGENALAN PENJAGA.
7) 1 SALINAN AKUAN DISIPLIN PELAJAR
8) SALINAN BIL UTILITI
9) SALINAN SLIP GAJI PENJAGA


SEKIRANYA BEKERJA SENDIRI, SILA LAMPIRKAN PENYATA BANK PERIBADI
1. SETIAP SALINAN PERLU DISAHKAN TERLEBIH DAHULU.
2. BORANG PERLU DICETAK DAN HANTAR KEΒ KAUNTER KHIDMAT PELANGGANΒ  BESERTA BAYARAN UNTUK UJIAN KELAYAKAN SEBANYAK RM150


MOHON SEKARANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1575268253.JPG

MAJLIS GRADUASI KALI KE-11 2019

SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN MAJLIS GRADUASI KALI KE-11 PADA 24HB. NOVEMBER 2019 YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI DI DEWAN ANUWAR MAHMUD, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM.Β  PROGRAM TELAH DISERTAI OLEH 143 ORANG MURID SERI DAN 60 ORANG PELAJAR SEMI .
UCAP UTAMA DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAHUN 6 DAN TINGKATAN 3 TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA PROF .MADYA DR. TS. NUR IZURA
( PENGARAH KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM ) DAN TUAN HAJI ABD. RAHMAN MOHD YASIN (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN YTP)

SELAIN ITU PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG HAFAZAN, ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG, TOKOH PELAJAR SERI DAN SEMI TELAH DILAKUKAN.

TAHNIAH KEPADA PELAJAR BERIKUT ATAS ANUGERAH YANG TELAH DITERIMA.

PELAJAR CEMERLANG SERI: TUN MUHAMMAD SYUKRI BIN TUN ABDUL KARIM

PELAJAR CEMERLANG SEMI: AHMAD AZRAF BIN MOHD FARIZA

TOKOH PELAJAR LELAKI SERI: AHMAD RAMZIL HAFIIZIE BIN RUSLI

TOKOH PELAJAR PEREMPUAN SERI: AMIRAH HUSNA BINTI FADLY

TOKOH PELAJAR LELAKI SEMI: AMIIR HUSAINI BIN AHMAD FAIZAL

TOKOH PELAJAR PEREMPUAN SEMI: IRDHINA HUMAIRA BINTI MOHD FAISAL

KLIK DI SINI UNTUK BIODATA PELAJAR CEMERLANG DAN TOKOH PELAJAR.

SEBELUM SESI FOTOGRAFI, PERSEMBAHAN TINTA BUAT GURU TELAH DISAMPAIAN OLEH TOKOH PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN SERI.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU.

UNTUK VIDEO-VIDEO GRADUASI, SILA KLIK DI SINI

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1574509440.jpg

BUKU GRADUASI 2019

MAJLIS GRADUASI KALI KE-11

SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL

24HB NOVEMBER 2019 (AHAD)

DEWAN ANUWAR MAHMUD, UKM

BUKU GRADUASI 2019, SILA KLIK DI SINI

BUKU GRADUASI 2019 (PDF)

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1574232182.jpg

KEJOHANAN CATUR PERINGKAT KEBANGSAAN KARNIVAL 30 TAHUN SERI ABIM SUNGAI RAMAL

JULUNG-JULUNG KALINYA, KELAB CATUR SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL YANG BAHARU DITUBUHKAN TAHUN INI TELAH MENGADAKAN KEJOHANAN CATUR PERINGKAT KEBANGSAAN KARNIVAL 30 TAHUN SERI ABIM SUNGAI RAMAL PADA 16HB NOVEMBER 2019 (SABTU) YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG DI DEWAN KOLEJ DAR AL-HIKMAH DAN KELAS SEMI. KEJOHANAN INI TELAH DISERTAI OLEH 286 PESERTA DARIPADA SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA TERMASUK KEDAH, NEGERI SEMBILAN, SELANGOR, PUTRAJAYA, MELAKA DAN SEORANG PESERTA DARI SINGAPURA.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN IALAH BAWAH 9 TAHUN, BAWAH 12 TAHUN DAN BAWAH 16 TAHUN . SELAIN HADIAH WANG TUNAI (RM300-RM30), PIALA DAN MEDAL UNTUK JOHAN HINGGA TEMPAT KE-10 UNTUK SETIAP KATEGORI, BANYAK LAGI KATEGORI HADIAH YANG DITAWARKAN SEPERTI 3 TERBAIK PEREMPUAN, 3 TERBAIK SERI / SEMI ABIM, PASUKAN SEKOLAH TERBAIK 1 HINGGA KE-3 UNTUK SETIAP KATEGORI UMUR. KEJOHANAN CATUR TELAH DIKENDALIKAN OLEH MYICONCHESS, ELITE CHESS CLUB 18 DAN CATURMALAYSIA.COM

SEMENTARA IBU BAPA, PENJAGA DAN GURU-GURU MENUNGGU PESERTA-PESERTA BERTANDING, MEREKA BOLEH BEREHAT-REHAT DI KANTIN YANG LUAS. PELBAGAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN TERSEDIA. SELAIN ITU MEREKA BOLEH MEMBELI IKAN LAGA DAN MEMANCING DI LONGKANG SEKOLAH UNTUK DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH.

PADA PUKUL 5.00, MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DIADAKAN. PERASMIAN PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH KETUA PENGARAH EKSEKUTIF SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL , USTAZ NAZZIL SAIFUDDIN B. ABD RAHIM. TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG, KELAB CATUR SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL DAN SEMUA IBU BAPA.

KEPUTUSAN RANKING BAWAH 9

KEPUTUSAN RANKING BAWAH 12

KEPUTUSAN RANGKING BAWAH 16

LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1574227130.jpg

PENGALAMAN PERTAMA MENYEMBELIH AYAM

BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) SEMI ABIM SG RAMAL TELAH MENGADAKAN PROGRAM PENYEMBELIHAN AYAM BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 PADA HARI INI 20HB NOVEMBER 2019.
 
TUJUAN PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENDEDAHKAN KEPADA PARA PELAJAR TENTANG PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN AYAM DI BAWAH SELIAAN PARA USTAZ. SEBANYAK 35 EKOR AYAM TELAH DISEMBELIH OLEH PARA PELAJAR TINGKATAN 3.
 
SELEPAS PENYEMBELIHAN AYAM, GURU-GURU DAN PARA PELAJAR BERGOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN AYAM UNTUK DIMASAK.
 
#SMISGRAMAL
LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1574155018.jpg

IHTIFAL KECEMERLANGAN KALI KE-31

SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENGADAKAN MAJLIS IHTIFAL KECEMERLANGAN KALI KE-31 PADA 17HB NOVEMBER 2019 YANG LALU. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI DI DATARAN AL-HIKMAH. MAJLIS INI DIMULAKAN DENGAN PERARAKAN PELAJAR-PELAR YANG AKAN MENERIMA HADIAH ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK, SAHSIAH DAN HAFAZAN.

SELEPAS ITU PARA HADIRIN MENYANYIKAN NASYID ASMA UL-HUSNA, LAGU PERJUANGAN DAN LAGU SEKOLAH. KEMUDIAN BACAAN DOA OLEH USTAZ MOHD SUHAIZIE B. ISMAIL DAN BACAAN AL-QURAN OLEH MURID TAHUN 5 SERI.


MAJLIS INI TELAH DIRASMIKAN OLEH YB. MAZWAN B. JOHAR, ADUN SUNGAI RAMAL. SEBELUM ITU, PENGETUA SEMI, PUAN ROGAYAH BINTI SEBLI TELAH MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. SELEPAS ITU PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH TETAMU KEHORMAT UNTUK HADIAH KEDUDUKAN DALAM KELAS, HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK, HADIAH CEMERLANG DALAM ALIRAN, ANUGERAH HIJRAH DAN MITHALI SERTA ANUGERAH HAFAZAN SERI.

PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISELANG-SELI DENGAN 3 PERSEMBAHAN OLEH MURID-MURID SERI IAITU PERSEMBAHAN KOIR, PERSEMBAHAN SKETSA PERJUANGAN SYAFAAT DAN PERSEMBAHAN MARI BERKEBUN OMAR DAN HANA.


SEMOGA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENERIMA ANUGERAH AKAN TERUS BERSEMANGAT DAN BERUSAHA UNTUK MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH MASING-MASING.

 

UNTUK VIDEO SEPANJANG IHTIFAL, SILA KLIK DI SINI.

UNTUK GAMBAR-GAMBAR IHTIFAL, SILA KLIK DI SINI

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1573471009.jpg

KHATAM AL-QURAN TINGKATAN 3

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 SESI 2019 TELAH DIRAIKAN DI MAJLIS KHATAM AL-QURAN TINGKATAN 3 PADA 8 NOVEMBER 2019 (JUMAAT) DI DEWAN BESAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH.

MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGETUA SEMI, PUAN ROGAYAH SEBLI.

SELEPAS BACAAN AL-QURAN SELESAI, PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PESERTA KHATAM DAN GURU PEMBIMBING.

KEMUDIAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN JAMUAN PERPISAHAN TINGKATAN 3. JAMUAN INI TELAH DIMERIAHKAN DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR DAN UCAPAN GURU DAN PELAJAR.

MAJLIS TELAH BERAKHIR PADA PUKUL 12.45 TENGAHARI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1573466719.jpg

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 2019

SERAMAI 101 ORANG MURID TAHUN 6 TELAH DIRAIKAN DI MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PADA 8 NOVEMBER 2019 DI DEWAN SERBAGUNA SERI.
 
MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH USTAZ HJ. MOHD NAIM B. MOHD NOOR, TIMBALAN PENGARAH (KADERISASI) YTP.
 
MANAKALA GURU PEMBIMBING KHATAM IALAH USTAZ MOHD SUHAIZI B. ISMAIL.
 
SEBELUM MAJLIS SELESAI, PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PESERTA KHATAM, GURU PEMBIMBING DAN PERASMI.
 
MAJLIS YANG BERMULA PUKUL 10.00 PAGI BERAKHIR PADA PUKUL 12.00 TENGAHARI.
 
#SRISGRAMAL
#CEMERLANG2030
LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1573365079.jpg

KONVOKESYEN TASKI ABIM 2019

KONVOKESYEN TASKI ABIM 2019 TELAH BERLANGSUNG PADA 10HB NOVEMBER 2019 BERMULA PUKUL 8.45 PAGI BERTEMPAT DI DATARAN AL-HIKMAH MELIBATKAN 3 BUAH TASKI IAITU TASKI AL-HIKMAH SUNGAI RAMAL, TASKI DAR MUMTAZ DAN TASKI BESTARI AL-HIKMAH.

MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI ISHAK ALISHAH, PENGARAH TASKI YTP.

SELAIN PENYAMPAIAN SIJIL TASKI UNTUK ANAK-ANAK 6 TAHUN YANG TAMAT PRA PERSEKOLAHAN, MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH AL-FATEH DAN CEMERLANG UNTUK ANAK-ANAK TASKI 4, 5 DAN 6 TAHUN JUGA TELAH DIADAKAN.

MAJLIS JUGA TELAH DIMERIAHKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN ANAK-ANAK DARIPADA KETIGA-TIGA TASKI.

TAHNIAH UNTUK SEMUA ANAK-ANAK DAN IBU BAPA!

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1569820257.png

KARNIVAL 30 TAHUN SERI ABIM SUNGAI RAMAL, KAJANG

SEMPENA SAMBUTAN 30 TAHUN SERI ABIM SUNGAI RAMAL, SEKOLAH AKAN MENGADAKAN KARNIVAL 30 TAHUN SERI ABIM SUNGAI RAMAL SEPERTI BUTIR BERIKUT:

πŸ—“ HARI: SABTU (2/11/2019)

⏰ MASA: 8.30 AM - 5.30 PM

πŸ“Œ TEMPAT: SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL, KAJANG

πŸŽͺ HTTPS://GOO.GL/MAPS/UULYCFEGNXFTP2CX9

 

 

PELBAGAI AKTIVITI, PERTANDINGAN, PAMERAN DAN GERAI JUALAN YANG MENARIK AKAN DIADAKAN:

πŸŽ‰PAMERAN 30 TAHUN SERI & ALUMNI
πŸŽ‰DERMA DARAH
πŸŽ‰ PEMERIKSAAN KESIHATAN
πŸŽ‰PAMERAN ABIM, WADAH DAN PKPIM & AGENSI
πŸŽ‰PAMERAN AGENSI KERAJAAN
πŸ₯Š PERTANDINGAN BEYBLADE
🎨PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
πŸŽ‰BOUNCY CASTLE
🐠 FISHING FEEDING
🐰 MINI ZOO
🌭 GERAI MAKANAN & MINUMAN
🀡SLOT BERSAMA USTAZ TARMIZI (PERSONALITI TV)
⚽ BERGAMBAR BERSAMA PLAYER SELANGOR, MOHD AMRI YAHYAH
πŸŽ™PERSEMBAHAN ANAK-ANAK SERI & SEMI

DAN PELBAGAI ACARA MENARIK LAGI.

πŸŽͺ BOOTH JUALAN KUPON RM20 BOLEH DIDAPATI SEMASA KARNIVAL UNTUK PENGUNJUNG.

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:

πŸ“ž O3-89261220 PEJ. SERI
πŸ“ž 03-89265341 PEJ. KEWANGAN

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI

 


 

 

 

POSTER PERTANDINGAN MEWARNA