https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1555303607.jpg

ANAK-ANAK TASKI MERIAH BERSUKAN

TASKI ABIM AL-HIKMAH, SUNGAI RAMAL DALAM TELAH MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN TASKI AL HIKMAH PADA 14HB APRIL 2019 (AHAD) MULAI PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI DI DATARAN AL- HIKMAH, SERI ABIM SUNGAI RAMAL.

SERAMAI 67 ORANG PESERTA TERDIRI DARI ANAK-ANAK 4 TAHUN, 5 TAHUN DAN 6 TAHUN TELAH MENYERTAI TEMASYA SUKAN INI DAN SERAMAI 6 ORANG GURU TELAH MENGENDALIKAN SUKAN INI.

MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH DR SALMIJAH BT SURIF SELAKU PENGERUSI LEMBAGA PENGOLOLA SEKOLAH.

SEBANYAK 13 BUAH ACARA YANG DIPERTANDINGAN TERMASUK ACARA INDIVIDU, BERKUMPULAN DI KALANGAN ANAK-ANAK 4 TAHUN, 5 TAHUN, 6 TAHUN SERTA ACARA UNTUK ALUMNI TASKI DAN IBU BAPA.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, USTAZ NAZZIL SAIFUDDIN ABD RAHIM SEBELUM MAJLIS BERSURAI.

KLIK UNTUK GAMBAR MENARIK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1554724318.jpg

MINGGU SAINS 2019

 PANITIA SAINS SERI ABIM SUNGAI RAMAL AKAN MENGADAKAN MINGGU SAINS 2019 BERMULA 8HB APRIL HINGGA 12 APRIL 2019. OLEH ITU MAJLIS PELANCARAN MINGGU SAINS TELAH DISEMPURNAKAN OLEH GURU BESAR SERI, EN. MOHD HANAPIAH ARDI SEMASA PERHIMPUNAN ISNIN PAGI TADI.

MINGGU SAINS DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MENARIK MINAT DAN MENAMBAH PENGETAHUAN MURID TENTANG ILMU SAINS. 

ANTARA AKTIVITI MENARIK

1) PERTANDINGAN PROJEK INOVASI TAHAP 1

2) PERTANDINGAN PAYUNG TERJUN TAHUN 4

3) PERTANDINGAN ROKET AIR TAHUN 5

4) PAMERAN DAN EKSPERIMEN SAINS TAHAP 2

5) TAYANGAN ILMU SAINS

SEMOGA MINGGU SAINS AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

 

 

KLIK UNTUK VIDEO GIMIK PELANCARAN MINGGU SAINS 2019

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1554707552.jpg

KEM KAMI SEGAK 2019

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TELAH MENGADAKAN KEM KAMI SEGAK 2019 PADA 6 APRIL 2019 (SABTU) BERMULA PUKUL 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI BERTEMPAT DI DATARAN AL-HIKMAH.

SERAMAI 148 ORANG MURID TAHUN 4 TELAH MENYERTAI KEM INI YANG MELIBATKAN 16 ORANG GURU.

KEM INI BERTUJUAN UNTUK MELAKUKAN PENTAKSIRAN SEGAK SESI 1.

AKTIVITI PEMARKAHAN MELIBAT

-TURUN NAIK BANGKU

-TEKAN TUBI

-RINGKUK TUBI

-JANGKAUAN MELUNJUR

-TIMBANG BERAT/UKUR TINGGI

 

SILA KLIK UNTUK GAMBAR-GAMBAR MENARIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1554698029.jpg

SYABAS ATAS PENCAPAIAN DI KAMIL ZON KAJANG 2019

SERI ABIM SG RAMAL DALAM TELAH MENYERTAI KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) ZON KAJANG YANG TELAH DIADAKAN DI S.R.A RAHMANIAH, SUNGAI RAMAL LUAR PADA 6HB APRIL 2019 (SABTU) YANG LALU. PERTANDINGAN KAMIL INI TELAH DISERTAI OLEH 35 BUAH SEKOLAH S.R.A, S.R.A.I, KAFA, KAFAI DAN SRI DI ZON KAJANG.

SERI ABIM SUNGAI RAMAL TELAH MENYERTAI 17 PERTANDINGAN.


BERIKUT PENCAPAIAN SERI ABIM SG RAMAL DALAM

TAHAP 1
1) AKIF NIDAL (BERCERITA AQ LELAKI) KEDUA

2) NUR ILLIYA BT MOHD. HANAPIAH (BERCERITA AQ PEREMPUAN) KETIGA


TAHAP 2
1) FATNIN (KHAT PEREMPUAN) JOHAN

2) FAIQ RAMADHAN (SYARAHAN BM LELAKI) JOHAN

3) AMIRAH HUSNA (SYARAHAN BM PEREMPUAN) KEDUA

4) NASYID LELAKI - KEDUA

TAHNIAH

 

KLIK UNTUK LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_SR088_1554367583.jpg

KEM PENGAWAS PSS DAN WATIKAH PERLANTIKAN 2019

PADA 2HB FEBRUARI 2019 (SABTU) YANG LALU, PUSAT SUMBER SEKOLAH TELAH MENGADAKAN KEM PENGAWAS PSS DAN WATIKAH PERLANTIKAN DI SEKOLAH.

SERAMAI SERAMAI 86 ORANG PENGAWAS PSS SERI TELAH MENYERTAI KEM INI. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN TAKLIMAT PENGARAH PROGRAM, SENAMAN RINGAN, TEAM BUILDING, PENERANGAN PROGRAM NILAM, LATIHAN IKRAR, LATIHAN DIKIR PSS DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS PSS

BERIKUT ANTARA GAMBAR-GAMBAR MENARIK YANG SEMPAT DIRAKAMKAN OLEH LENSA KAMERA TELEFON GURU-GURU YANG BERTUGAS.

 

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553066332.jpg

KEM NASYID 2019: MENCARI BAKAT BAHARU NASYID DAN PEMAIN ALAT PERKUSI

KELAB NASYID SERI TELAH MENGANJURKAN KEM NASYID 2019 PADA 8HB FEBRUARI 2019 HINGGA 9HB FEBRUARI 2019 (JUMAAT - SABTU) YANG LALU. KEM SELAMA 2 HARI (TIDAK BERMALAM) TELAH MELIBATKAN 73 ORANG MURID SERI TELAH DIADAKAN DI DATARAN AL-HIKMAH.

KEM INI BERTUJUAN UNTUK MENDEDAHKAN ILMU SENI NASYID DAN ALAT PERKUSI DI SAMPING MENCARI BAKAT BAHARU DI KALANGAN PESERTA DALAM SENI NASYID DAN BERMAIN ALAT PERKUSI.

BERIKUT GAMBAR-GAMBAR MENARIK YANG TELAH DIAMBIL OLEH LENSA KAMERA GURU PEMBIMBING KELAB NASYID IAITU CIKGU ZULAIKHA DAN CIKGU NURUL SYUHADA.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553066224.jpg

PERMOHONAN KE TAHUN 1 SESI 2020 DIBUKA SEKARANG!

TUAN / PUAN MEMPUNYAI ANAK YANG AKAN BERUSIA 7 TAHUN PADA TAHUN 2020? MENCARI SEKOLAH YANG MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERSEPADU (AKADEMIK DAN AGAMA) DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI YANG BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN AL-HIKMAH?

MEMOHONLAH DI SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM SUNGAI RAMAL, KAJANG, PELOPOR PENDIDIKAN BERSEPADU DI MALAYSIA.

TEMPAT TERHAD. SILA POHON DI ATAS TALIAN DENGAN KLIK LINK

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553066100.jpg

IBU BAPA, GURU DAN MURID-MURID BEKERJASAMA MENCERIAKAN KELAS, KAWASAN SEKOLAH

PADA 26HB JANUARI 2019, SABTU YANG LALU, SEKOLAH TELAH MENGADAKAN GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA BAKA 2019. SEBELUM GOTONG-ROYONG, IBU BAPA, GURU-GURU DAN MURID-MURID BERSARAPAN PAGI DI KANTIN SEKOLAH. SELEPAS ITU, TAKLIMAT GOTONG-ROYONG TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENGERUSI BAKA, EN. AZMI ABDULLAH DAN GPK KO-KURIKULUM, USTAZ ALIAS.

SELAIN MEMBERSIHKAN DAN MENCERIAKAN KELAS ANAK-ANAK, IBU BAPA, GURU-GURU DAN MURID-MURID TELAH MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH SEPERTI TEMPAT WUDUK LELAKI DAN PEREMPUAN, LALUAN SOLAT JUMAAT DAN LAPANGAN MEMANAH.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG BERAHIR PADA PUKUL 1.30 TENGAHARI. BERIKUT ANTARA GAMBAR GOTONG-ROYONG YANG SEMPAT DIRAKAMKAN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553065902.jpg

SAMBUTAN PROGRAM PERTEMUAN IBU BAPA TAHUN 4,5,6 MENGGALAKKAN

PAGI TADI TELAH DIADAKAN PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4, 5, 6 DAN MESYUARAT 3P UPSR DI DATARAN AL-HIKMAH BERMULA PUKUL 8.00 PAGI.
SELEPAS PENDAFTARAN DIRI, IBU BAPA BERSARAPAN DI KANTIN SEKOLAH.
PADA PUKUL 9.15 PAGI , PENGERUSI MAJLIS, USTAZ ZARITH AMIRUL MEMULAKAN MAJLIS DENGAN UCAPAN GURU BESAR SERI ABIM, CIKGU MOHD HANAPIAH ARDI.

KEMUDIAN SIRI TAKLIMAT BERIKUT TELAH DILAKSANAKAN

✅ TAKLIMAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ( PBD ) - CIKGU NURNISAH, GPK KURIKULUM

✅ TAKLIMAT PSIKOMETRIK - PUAN KHAIRUNNISA - KAUNSELOR SEKOLAH

✅ TAKLIMAT PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM ( PAJSK ) - CIKGU ALIAS, GPK KO-KURIKULUM

✅ TAKLIMAT UJIAN PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH ( UPSR) - CIKGU WAN ZARIPAH, PENYELARAS TAHUN 6

✅ TAKLIMAT PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA ( PSRA) - USTAZAH NAZLI HANIM, SETIAUSAHA PSRA

✅ TAKLIMAT SIJIL PENILAIAN RENDAH AGAMA ( SPRA ) DAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA ( UPKK ) - CIKGU ZAMIAH, SETIAUSAHA SPRA, UPKK

SETELAH TAKLIMAT, SESI SOAL JAWAB TELAH DIADAKAN.
KEMUDIAN, IBU BAPA TAHUN 6 BERGERAK KE KELAS ANAK MASING-MASING UNTUK MEMBENTUK AJK PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR ( 3P). PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK IBU BAPA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM KECEMERLANGAN ANAK-ANAK TAHUN 6 SEBAGAI SOKONGAN KEPADA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIRANCANG OLEH PIHAK SEKOLAH.

SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MENAMBAHKAN MAKLUMAT KEPADA IBU BAPA TENTANG KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK MASING- MASING MASA INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553064889.jpg

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 4,5,6

TENTATIF

8.00 PAGI: PENDAFTARAN DAN SARAPAN
9.30 PAGI: UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
9.40 PAGI: UCAPAN ALUAN GURU BESAR

TAKLIMAT PENTAFSIRAN BILIK DARJAH
TAKLIMAT PSIKOMETRIK
TAKLIMAT PAJSK
TAKLIMAT UPSR

11.30 IBU BAPA TAHUN 4 BERSURAI

UNTUK IBU BAPA TAHUN 6
(TAKLIMAT PSRA DAN MESYUARAT 3P)

UNTUK IBU BAPA TAHUN 5
(TAKLIMAT SPRA DAN UPKK)

SEMUA IBU BAPA TAHUN 4, 5, 6 DIJEMPUT HADIR

LAGI
https://my04.awfatech.com/srisgramal/content/news/newsf1_Root_1553064770.jpg

HARI SUAI KENAL TAHUN 1 DAN TAKLIMAT IBU BAPA TAHUN 1 SESI 2019

TARIKH: 29HB DISEMBER 2018 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: DATARAN AL-HIKMAH / DEWAN SERBAGUNA

PAKAIAN MURID-MURID TAHUN 1: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LENGKAP (PAKAIAN HARI ISNIN - KHAMIS)
SILA BAWA BERSAMA ALAT TULIS & SELIPAR WUDHU.

LAGI

Page 16 of 16